'AKU DI SEBUAH PULAU MEMBAWA AZAM'.

 


'AKU DI SEBUAH PULAU MEMBAWA AZAM'.
AJAIBNYA P. RAMLEE. Bab Satu.

Aku orang pulau, iaitu Pulau Pinang negeri kelahiran ku. Tidak pernah terlintas dan melintas dalam hati ku mahu merantau sebegitu jauh, walau sekalipun hingga boleh menjejak kaki ku tiba di sebuah pulau lain terletak di selatan, bernama Pulau Singapura.
Se sampainya aku di sana, aku melihat banyaknya beca mundar mandir, sama juga ada, seperti di pulau ku jugak. Tetapi sedikit berbeza rupanya.
Entah mengapa, 'Sungguh Malangnya Nasib Ku', aku menjadi miskin dengan berbaju koyak, belang kotak-kotak, aku melarat, menjadi penarik beca untuk mencari nafkah menyara ibu tua ku dan diri ku. Hina benar aku semasa berada di pulau orang. Dengan pakaian tidak bertukar, aku mengayuh beca mencari pelanggan. Rezeki ku mula cerah sedikit kerana beca ku dilanggani bunga berduri, bapanya haji kedekut. Adegan aku berkayuh ini digambarkan dalam wayang Penarek Becha tahun 1955naik beca. Beribu orang menonton aksi ku bersama beca di pawagam. Kemiskinan ku agak terhibur juga kerana gadis yang ku bawa itu serupa namanya dengan gadis igauan ku semasa di Pulau Pinang dahulu. Namanya Azizah. Kerana nama Azizahlah aku boleh sampai ke Singapura, hanya lantaran nyanyian ku berbunyi ' Oh nona ku Azizah' itu sangat mahal.
Tahun 1962, aku membawa isteri baru ku, namanya Sabariah Mansor anak orang kaya itu ke Pulau Pinang naik ketetapi menyamai kedatangan awal pertama ku lalu pada hari raya. Kini aku papa lagi naik beca tetapi dikayuh orang. Sebenarnya aku lupa diri dan miskin akibat berjudi lalu terpaksa tinggal di bawah kolong. Ini semua kerana angkara mertua ku yang mata duitan. Aku lah Kasim Selamat yang tidak selamat hingga buta mata ku dibuatnya. IBU MERTUA KU tahun 1962, sangatlah garang, menerkam aku, menipu aku berdoa di kuburan orang, sedangkan aku adalah Pengarah filem.
Semuanya ini terjadi setelah aku berjaya menanam azam besar untuk menguasai Studio MFP pada tahun 1948 dahulu bertukar menjadi kenyataan. Ketika itu aku yang kurus melidi tidak dipedulikan orang di studio semasa penggambaran Pisau Berachun. Itulah ceritanya. Aku gunakan pidau itu sebagai pena menulis cerita. Rachun itu tintanya. Hati kecil ku pernah berkata-kata, BILA TIBA MASA (satu judul nyanyian ku), aku pasti mengambil babak-babak utama dan besar dengan mengenepikan mereka semua nya ini. Mata dan luapan perasaan ku membara. Telah ku kotakan segala-galanya. Aku lah P. Ramlee yang pandai menyanyi. Lagu-lagu ku telah menikam hati-hati kamu semua dengan 'Nyanyian Asmara'. Tontonlah filem lakonan ku, Dahulunya remaja seusia ku, menyebutnya dengan ungkapan Jom kita ke panggung tengok 'Gambar P. Ramlee'. Akulah tuu.

# Mohamad Hashim

Comments