Loloq penulis lirik seribu cerita


Loloq penulis lirik seribu cerita
(21 Mei 1958 - 30 Januari 2008)
Pada tahun 1987, ketika berusia 29 tahun - Rosli Khamis memulakan jejak sebagai penulis lirik. Ketika belum popular, anak muda bermata bakup dan berkaca mata tebal ini antara kaki debat di meja kopi Restoran Hameed, Pasar Seni Kuala Lumpur.
Itu "nature" biasa bagi anak-anak muda yang mahu tumbuh menjadi seniman pada dekad 80-an dan awal 90-an. Pada era ini, forum sastera dan pentas bicara yang formal dikuasa para pemikir, sarjana dan seniman elitis.
Anak muda yang datang dengan idea-idea baharu dianggap sebagai pemikiran "kutu" hanya berforum di meja kopi.
Ini pilihan terbaik untuk berkembang dan mengejar cita-cita; kolaborasi dan berformasi serta saling bertukar idea dibiarkan berlaku di meja kopi.
Anak muda, tanpa nama tetapi muncul dengan filsuf seni yang rebel dan ambisi luar biasa, jarang diberikan ruang di pentas elit.
Pada era tanpa media sosial dan pemikiran media cetak dikawal oleh "establishment", meja kopi satu-satunya pilihan yang ada sebagai forum terbuka untuk berdebat idea-idea aneh dan rebelious.
Antara yang paling rebel tentulah Loloq. Sebagai budak yang sukakan muzik. Pada masa sama, dunia pop menolak sebarang bentuk kompromi dengan lirik-lirik lagu yang aneh dan terlalu "advance".
Seniman boleh ditindas, tetapi tidak mungkin dibunuh semangatnya.
"Aku heran kenapa orang masih anggap benda-benda pelik tak boleh ada dalam lirik sedangkan hidup ini beratus kali pelik dari yang boleh kita bayangkan," katanya.
Saya berusia 20 tahun ketika Pasar Seni dibuka pada 1987 dan menjadi tempat anak-anak muda pemburu kerjaya seni bertemu dan bersembang.
Kuala Lumpur kota seni dan anak-anak muda dari seluruh negara bertemu dan duduk berbincang soal idea-idea baru. Sekaligus, mengatur langkah memulakan kerjaya.
Mengenali Loloq itu sendiri pun sudah dikira menepati kata-kata sendiri. Dia bergulat dengan idea-idea aneh dan sukar diterima.
Loloq budak Singapura dan datang ke Kuala Lumpur dengan fikiran yang sangat jenuh dengan keriuhan mahukan pembaharuan.
Pada era itu, lirik lagu masih kekal puitis, skema, populis dan tidak terbeban dengan budaya berfikir.
Malah, lagu-lagu rock kapak pun hanya keras pada muziknya. Lirik-lirik lagu masih kekal dengan royanan cinta.
"Hang Tuah boleh bercakap 10 bahasa dan itu 500 tahun lalu. Kita celik dua bahasa saja dan berlagak benar dengan sastera Inggeris," katanya selalu.
Itu hujah pertama apabila lirik-lirik yang mengangkat tema berat dan kata-kata klasik teks Melayu dianggap bombastik.
Sebagai "ulat buku", Loloq terdedah pada tema berat dan bahasa yang sangat sastera. Malah, idea terlalu dipengaruhi opsyen rebel John Lennon dan Jim Morrison.
Loloq lebih sukar menembusi dunia muzik pop dengan lirik-liriknya yang tidak cenderung pada nahu cinta.
“Siapa Loloq?”
Namanya Rosli Khamis.
Sebut saja Loloq orang tahu itu nama legenda penulis lirik Malaysia.
Budak asal Singapura ini menjadi "game changer" dalam industri muzik tempatan apabila bergabung dengan M. Nasir di Luncai Emas.
Loloq selama hayat kerjaya seninya (1990-2008) menulis lebih 500 lirik dan "killer" di sebalik lagu-lagu hebat M. Nasir.
Dia juga tukang naratif yang mengisi penceritaan aneh melalui lagu-lagu artis terkenal termasuk Ella, Search, Wing, Spider dan Hattan.
Paling hebat, hampir semua album dan lagu meletup M. Nasir, lirik-liriknya ditulis Loloq.
Budak mata bakup yang pernah mengisi zaman debat meja kopi di Pasar Budaya, kekal terkenal sebagai anak muda yang "hyper" dalam perbualan.
Sampai akhir hayatnya, Loloq selalu provakatif dan debatnya menyiksa otak dan fikiran kawan-kawan.
Kalau berbual, pandangan yang dikemukakannya selalu aneh, liar dan enggan berpijak pada titik yang terlalu pasti.
Loloq pengagum teks klasik Melayu dan pada masa yang sama mengakui sumbangan John Lennon sebagai tokoh pemoden penting dalam eskpresi seni muzik kontemporari.
Dia taasub pada bakat Hang Tuah yang mahir sepuluh bahasa, tetapi mengaku idea Karl Marx
mengenai ekonomi sosialis sangat relevan bagi negara yang buta hak asasi. *Loloq pada dekad awal kerjaya.
Pada 1987 hingga 2004, selepas melepak di Pasar Seni, saya selalu menemaninya berjalan kaki menuju Hentian Puduraya.
Sepanjang jalan, Loloq masih berhujah mengenai Marxisme.
"Bukan semua ideologi komunis jahat. Kau tengok nasib orang jalanan ini, nasib kaum marhaen inilah yang membuat Marxist jadi simpatisan sosial," katanya.
Saya tidak ingat tarikh perjalanan itu. Cuma, sampai ke awal 2000-an ketika kami masih kerap bertemu, walaupun masing-masing sudah sibuk bekerja, saya akan menemaninya berjalan kaki ke Hentian Puduraya.
Uniknya Loloq ini, ketika sudah berduit dan glamor pun, bas di Puduraya masih menjadi kenderaan utama untuk berulang-alik dari KL ke rumahnya di Sungai Buluh.
Barangkali kerana kami sama-sama membenarkan beberapa idea sosialis, dia menumpukan perbualan pada tema tersebut.
Apa lagi ketika menyusur jalan ke Hentian Puduraya. Kami akan melihat imej tukang kasut, penjaja makanan, pengemis dan gelandangan di sepanjang laluan.
Kami bertukar jalan antara merentasi Hentian Bas Kelang, atau Komplek Kotaraya, atau Jalan Petaling.
"Aku kena cepat. Bas terakhir 11 malam," katanya. *Loloq: melihat hidup, buku dan kamus
Selain minatnya pada buku sejarah serta kecintaan pada teks klasik, Loloq sentiasa berpegang pada prinsip: tiap lirik mesti ada pembaharuan.
Dia suka provokasi dan gemar berdebat. Sentiasa bersikap setuju untuk tidak bersetuju dengan banyak pendapat.
Loloq percaya: berkongsi sudut pandangan kehidupan ialah buku terbaik. Manakala, buku bacaan pula sebagai alat meluaskan lagi seni naratif mengenai kehidupan.
Bukan aneh kalau Loloq menggemari Leo Tolstoy dan Buya Hamka. Bukan aneh juga kalau dia suka sejarah Roman Greek dan empayar Islam Andalusia.
Dia gemar bicara soal Rabindranath Tagore dan Raja Ali Haji. Malah, dia gemar pada kedua-dua teks penulis religus ini.
*Narator lirik seribu cerita
Loloq hidup dalam seribu cerita. Keberaniannya bergaul menjadikan dirinya sentiasa tekad dan nekad mencuba banyak perkara.
Loloq juga pelopor yang memulakan kumpulan penterjemah drama asing pada 1996.
Loloq mencuba semua medium dengan pembaharuan dan sebagai peluang meluaskan pergaulan. Dia menulis skrip filem Merah pada 1997.
Loloq turut berlakon sebagai peluang menjadi cepat celik dalam bidang perfileman yang juga antara minat utamanya.
Dia berlakon filem Sara (2001), Embun (2002), Lang Buana (2003), Man Laksa (2006) dan Zombi Kampung Pisang (2007).
Loloq merentas multi pergaulan kerana mahu membeli pengalaman. Dia bergaul dengan sesiapa saja dan menjadikan dirinya kaya dengan kawan-kawan di mana saja.
Dunianya bukan selingkar pergaulan dengan artis "famous" seperti M. Nasir, Search, Wing, Spider, Ella dan Hattan.
Loloq punya ramai kawan di Pasar Seni dan warung mamak Selangor Mansion.
Dia mesra dan prihatin melihat manusia marginal di Hentian Bas Kelang, Hentian Puduraya, Kompleks Kotaraya dan pusaran Jalan Petaling.
Loloq melihat naratif seni sebagai subjek yang real dan diperluaskan lagi dengan kegilaan membaca yang tidak dibina dengan batas dan sempadan.
Loloq mengumpulkan ribuan buku merentas bacaan sastera, agama, ekonomi, pengurusan, politik, falsafah, perfileman, muzik dan majalah hiburan.
Walaupun suka bertekak dan sangat provokatif, dia akan ketawa besar apabila ideanya disanggah dengan munasabah.
Dia "hyper" dan sentiasa obses untuk selalu merentas pergaulan dalam hidup. Tiada manusia yang diabaikan dan tidak digaulinya.
Watak-watak real dalam hidup dan idea jelmaan hasil pembacaan, memberikan kekayaan luar biasa dalam caravan karyanya.
Koleksi liriknya jadi bukti. Lihat pengembaraannnya rebelnya dalam lirik Kau Bukan Brader dan Awang Trasher (Wings).
Kelembutannya dalam Nur Nilam Sari (Awie & Search), Di Ambang Wati (Wings), Asli Dan Tulus (Search), Laila Namamu Teratas (Search) dan Ratu Sanubari (Saleem).
Rebelnya berulang lagi dalam Neo Romantik (Search), Zen-Bikin Wilayah (Search), Gemuruh (Search & Wings) dan Melastik ke Bintang (Search).
Dia tradisionalis dalam Mantera Semerah Padi (M . Nasir), Kias Fansuri (M. Nasir), Langgam Wak Dogol (M. Nasir) dan Tanya Sama Itu Hud Hud (M. Nasir).
Luasnya pergaualan Loloq ketara dalam dalam lirik Kita Peng-Yu (XPDC), Tak Nak Jadi Soh Chai (Spider), Laukku Cukup Masin (Spider), Kasih Latifah (Spider), Cinta Dewa-Dewi (Spider), Aladin (Spider), Kacap Terlabik (Spider) dan Cinta Tak Keruan (Amigos).
Tiga lirik terbaiknya pada saya ialah: Raikan Cinta
"Berapa dalam harus kugali tanah ini, harus kugali Untuk bertemu permata nilai sejati, nilai sejati Baru kupulang ke kampung sentosaku.
Baru tercapai segala maksudku.
Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita
Ke sana ke sini lari-lari kecil.
Bagai Siti Hajar mencari air Terpancur sinar di kering pasir Bekas hentakan kudus kaki Ismail"
(Petikan lirik Raikan Cinta 2001).
Walaupun dia tidak nasionalis dalam banyak perkara kerana sifatnya yang humanis dan pro sosialis, Loloq kekal kaya dalam naratif Melayunya.
Mantera Semerah Padi
"Hei! kersani mengalir lah dikau Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak.
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat mengisi uratku Agar bisa ku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok"
(Petikan lirik Mantera Semerah Padi 1993)
Sebagai pencari hidup yang galau 1987-2000, Loloq mula dipengaruhi nilai Islami yang menjadi pegangannya sejak tahun 2001.
Loloq menulis Kias Fansuri.
"Jangan sesekali kau ceritakan Pengalamanmu Yusuf
Takut-takut mengundang bencana
Siapa tahu
Betapa berat cinta yang ditanggung Sehingga dia sanggup lakukan
Biar apa saja demi mendapatkan Restu Sultan cahaya hatinya
Tak sia-sia azam Zulaikha
Bisa jadi cermin mengintai jiwa Tak sia-sia mimpi Zulaikha Bisa jadi lorong insan bercinta"
(Petikan lirik Kias Fansuri 2001)
Sebagai bonus, saya lebih meminati lagu Langgam Wak Dogol, liriknya yang kurang popular.
"Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya Datang bingung berpaulan diambang yuda Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!
Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul) Adat wira harus tahan uji"
(Petikan lirik Langgam Wak Dogol 2001)
*Pergi sudah sahabat tercinta
Pada saya hanya ada tiga penulis lirik terhebat.
Bob Dylan di Amerika Syarikat dan Iwan Fals di Indonesia.
Dua nama ini masih hidup dan kekal berjuang sebagai seniman naratif sosial yang berpengaruh dalam muzik moden.
Seorang lagi ialah Loloq. Dia sudah tiada tetapi karya-karyanya terus membugar dalam rak muzik dan lirik Malaysia.
( Sumber dari Zainal Rashid Ahmad )

Loloq (1957-2008): Hilangnya seorang penulis kreatif tanahair

Siapa Loloq?

Namanya Rosli Khamis. Sebut saja Loloq orang tahu itu nama legenda penulis lirik Malaysia.

Budak asal Singapura ini menjadi "game
changer" dalam industri muzik tempatan
apabila bergabung dengan M. Nasir di Luncai
Emas.

Loloq selama hayat kerjaya seninya (1990-
2008) menulis lebih 500 lirik dan 'killer di
sebalik lagu-lagu hebat M. Nasir.

Dia juga tukang naratif yang mengisi
penceritaan aneh melalui lagu-lagu artis
terkenal termasuk Ella, Search, Wing, Spider
dan Hattan.

Paling hebat, hampir semua album dan lagu
meletup M. Nasir, lirik-liriknya ditulis Loloq.

Narator lirik seribu cerita

Mungkin tidak ramai yang tahu selain menggunakan nama Loloq, dia juga turut menggunakan nama pena Nurbisa, Abdullah Romany, Al-Heikel, Cenderawasih, Fakir Iskandar, Kristo Bimbo, Manja, Nurbisa II, Roshi Lee, Rosman dan Sinbad, pada seni kata lagu tulisannya. Loloq dan M Nasir cukup sebati.

Justeru dia menyertai Luncai Emas milik Nasir sejak tahun 1990 sebagai penulis lirik eksekutif. Malahan, M Nasir dikatakan orang yang bertanggungjawab membawa Loloq ke dunia seni. Justeru, tidak hairanlah banyak seni kata tulisannya dinyanyikan oleh M Nasir seperti Keroncong Nostradamus, Apokalips dan Insan & Manikam, manakala seni kata terakhirnya ialah Cinta Adam & Hawa nyanyian Misha Omar.

Lihat pengembaraan rebelnya dalam lirik "Kau
Bukan Brader" dan "Awang Trasher" (Wings).

Kelembutannya dalam "Nur Nilam Sari" (Awie
& Search), "Di Ambang Wati" (Wings), "Asli
Dan Tulus" (Search). "Laila Namamu Teratas"
(Search) dan "Ratu Sanubari" (Saleem),Awan yang terpilu - Ning Baizura

Rebelnya berulang lagi dalam "Neo
Romantik" (Search), "Zen-Bikin Wilayah"
(Search), "Gemuruh" (Search & Wings) dan
"Melastik ke Bintang" (Search).

Dia tradisionalis dalam "Mantera Semerah
Padi" (M. Nasir), "Kias Fansuri" (M. Nasir),
"Langgam Pak Dogo" (M. Nasir) dan "Tanya
Sama Itu Hud Hud" (M. Nasir).

Luasnya pergaulan Loloq ketara dalam
dalam lirik "Kita Peng-Yu" , "Tak Nak
Jadi Soh Chai" (XPDC), Laukku Cukup
Masin" (Spider), "Kasih Latifah" (Spider)
Cinta Dewa-Dewi" (Spider), "Aladin" (Spider)
"Kacap Terlabik" (Spider) dan "Cinta Tak
Keruan" (Amigos).

Dia juga ialah penulis lirik Ratnaku nyanyian Roy, Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya (Aris Ariwatan), Layar Impian (Ella) dan Ana Pertama Timur (Hattan) dan banyak lagi

Beliau pernah mendapat Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik 2007 di tanah kelahirannya atas sumbangan beliau yang berjasa dalam industri seni.

APABILA menghayati seni kata yang ditulis oleh Loloq, sering kali kita akan menemui perkataan baru yang kadang-kadang tidak pernah kita dengar. Itulah kelebihan dan keistimewaan Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis ketika berkarya yang agak 'gila-gila' apabila menggunakan bahasa. Pelbagai kamus tidak pernah lekang daripada dirinya ketika menulis seni kata. Bahkan, dia mempunyai himpunan buku daripada pelbagai genre untuk dijadikan sumber ilhamnya.

Loloq pernah berkata, dia tidak terlalu berkira membelanjakan sejumlah wang semata-mata membeli buku yang berkaitan dengan keagamaan, biografi, sejarah, kebudayaan dan bahasa

Loloq dikatakan sudah menulis lebih 1,000 seni kata. Antara seni kata tulisannya yang dianggap hebat ialah Ghazal Untuk Rabiah, Andalusia, Kias Fansuri dan Cinta Sakti. Pada tahun 1991, seni kata tulisannya Everlasting Glory nyanyian Hattan dilarang daripada disiarkan oleh radio RTM.

Budak mata bakup yang pernah mengisi
zaman debat meja kopi di Pasar Budaya,
kekal terkenal sebagai anak muda yang
'hyper dalam perbualan.

Sampai akhir hayatnya, Loloq selalu
provakatif dan debatnya menyiksa otak dan
fikiran kawan-kawan.

Kalau berbual, pandangan yang dikemukakannya selalu aneh, liar dan enggan berpijak pada titik yang terlalu pasti.

Loloq pengagum teks klasik Melayu dan pada
masa yang sama mengakui sumbangan John
Lennon sebagai tokoh pemoden penting dalam eskpresi seni muzik kontemporari.

Dia taksub pada bakat Hang Tuah yang mahir
10 bahasa, tetapi mengaku idea Karl Marx mengenai ekonomi sosialis sangat relevan bagi negara yang buta hak asasi.

Insan 1,000 fikir ini menyebut Zaen Kasturi sebagai guru bahasanya. Zaen Kasturi dalam perbualannya banyak membantu Loloq mengaplikasikan segala kecintaannya pada sejarah Melayu.

Loloq menyintai kamus bahasa dan teks
klasik dalam premis lirik kerana tips Zaen
Kasturi. Bahawa menguasai cerita dan kosa
kata adalah keutamaan sebelum menyerapkan kata-kata pelik dalam puisi dan cerpen.

Loloq selalu obses dan ingin tahu pada model
yang digunakan Zaen Kasturi. Satu teknik
dalam menghidupkan semula simbol dan
naratif klasik dalam cerpen dan puisi moden. Betapa tekun Loloq dalam proses pembelajaran di meja kopi. Malah, dia sentiasa belajar dan belajar hingga ke akhir hayat.

Loloq hidup dalam seribu cerita. Keberaniannya bergaul menjadikan dirinya
sentiasa tekad dan nekad mencuba banyak
perkara.

Loloq merentas multi pergaulan kerana mahu
membeli pengalaman. Dia bergaul dengan
sesiapa saja dan menjadikan dirinya kaya
dengan kawan-kawan di mana saja.

Dunianya bukan selingkar pergaulan dengan
artis famous seperti M. Nasir, Search, Wing,
Spider, Ela dan Hattan.

Loloq punya ramai kawan di Pasar Seni dan
warung mamak Selangor Mansion. Dia mesra dan prihatin melihat manusia marginal di Hentian Bas Kelang, Hentian Puduraya, Kompleks Kotaraya dan pusaran Jalan Petaling.

Loloq melihat naratif seni sebagai subjek
yang real dan diperluaskan lagi dengan
kegilaan membaca yang tidak dibina dengan
batas dan sempadan,

Loloq mengumpulkan ribuan buku merentas
bacaan sastera, agama, ekonomi,
pengurusan, politik, falsafah, perfileman,
muzik dan majalah hiburan.

Walaupun suka bertekak dan sangat
provokatif, dia akan ketawa besar apabila
ideanya disanggah dengan munasabah.

Dia hyper dan sentiasa obses untuk selalu
merentas pergaulan dalam hidup. Tiada
manusia yang diabaikan dan tidak digaulinya.

Watak-watak real dalam hidup dan idea
jelmaan hasil pembacaan, memberikan
kekayaan luar biasa dalam caravan karyanya.

Dia pernah mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi apabila mendakwa kamus Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sebagai tidak laku. Isunya apabila Loloq menggunakan perkataan Syuga dalam album terbaru Ella iaitu Ella - USA. Perkataan Syuga tidak ditemui dalam kamus DBP. Sebaliknya, Loloq dituduh mengambil perkataan syuga daripada buku ##### D'Syuga yang memaparkan gambar """"", tetapi dia menafikannya.

Loloq berasal dari Singapura. Bapanya, Rosli Dayut berasal dari Masjid Tanah, Melaka adalah bekas polis Tanah Melayu. Ibunya, Maimunah adalah Cina mualaf. Menurut Loloq setiap buku yang dibelinya bukan untuk hiasan semata-mata. Hampir semua buku habis dibacanya.

"Kalau ada buku yang menarik, saya akan baca berulang kali. Kadang-kadang sampai tiga atau lima kali. Bahkan sebelum tidur, ada 20 buku di sebelah saya," jelasnya yang turut menyediakan sedikit peruntukan untuk membeli majalah bagi keperluan isterinya. Dia mengaku, keasyikannya terhadap buku menyebabkan dia `pernah lupa' pada anak dan isterinya, Hairiah Yaakob. Ketika itu kami mula-mula kahwin. Rasanya dia tahu tabiat saya yang suka membaca. Saya pula ambil kesempatan sehingga dia merajuk. Sekarang cara saya membaca kenalah tukar. Asalkan isteri tidak merajuk, sudahlah," kata Loloq sambil ketawa. Hasil perkahwinannya dengan Hairiah, Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.

"Nama anak saya memang agak pelik bunyinya. Krsty bermaksud rahsia, manakala Jaevn sebenarnya bermaksud Jawa. Jawa ini pula kalau dihalusi berasal dari kaum Nabi Noh," katanya.

Loloq dikatakan memiliki ratusan buku yang mengandungi pelbagai tajuk. Ini termasuk tajuk yang berkaitan dengan ekonomi, pengurusan, politik, falsafah, keagamaan, perfileman, kesusasteraan, biografi dan pengetahuan am serta novel. Salah satu rak yang terletak di ruang tamunya, tersusun buku The Life Muhammad karya Hamka, Biografi Nelson Mandela, The Arabian Nights, Quantum Leanings, Saince of Politics, How To Argue And Win Every Time, History of Films, A History of the Jews dan banyak lagi. Penulis lirik ini juga pernah mengaku mempunyai minat mendalam terhadap bahasa Melayu yang dianggapnya sebagai satu bahasa agung pada zaman kegemilangan raja Melayu.

"Saya kagum dengan Hang Tuah yang boleh bertutur 10 bahasa. Begitu juga dengan nama Tun Sri Lanang. Setiap perkataan itu ada maknanya sendiri. Tun bermakna tuan, Sri bermakna bercahaya dan lanang adalah lelaki. Begitulah tingginya orang Melayu dulu apabila berkias.

"Sebab itu apabila saya guna perkataan yang lain dari kebiasaan, banyak yang berasa pelik. Sebenarnya, setiap perkataan yang saya pilih masih berbahasa Melayu. Misalnya, lagu Berikanku Nurbisa. Nurbisa itu dalam bahasa Melayu bermakna penawar segala penyakit," jelasnya lagi. Loloq adalah satu yang diperoleh secara tidak sengaja.

"Satu kepuasan saya ialah apabila berjaya membuatkan kumpulan rock membuka kamus bahasa Melayu," katanya satu ketika dahulu.

Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut. Selain itu, Anugerah Lirik Nasyid pada majlis Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini 2006 serta Anugerah Galakkan Penulis Lirik pada Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005

Selain hebat menulis seni kata lagu, Loloq juga pelopor yang memulakan kumpulan penterjemah drama asing pada
1996. Loloq mencuba semua medium dengan
pembaharuan dan sebagai peluang
meluaskan pergaulan. Dia menulis skrip filem
"Merah" pada 1997.

Loloq turut berlakon sebagai peluang menjadi
cepat celik dalam bidang perfileman yang
juga antara minat utamanya.

Dia berlakon filem "Sara" (2001), "Embun"
(2002), "Lang Buana" (2003), "Man Laksa"
(2006) dan "Zombi Kampung Pisang" (2007)

Beliau juga pernah beraksi di pentas teater suatu masa dulu dalam persembahan teater Bukit Kepong arahan Othman Ghani dan drama sitcom Awie Record.

Beliau juga turut terbabit dalam menulis skrip filem Aduh Saliha yang judul asalnya ialah Misteri Mimpi Syakila arahan M Nasir. Bagaimanapun, filem itu tidak dapat disiapkan sehingga sekarang.

Loloq meninggal dunia Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.37 tengah hari pada
30 Januari 2008 (umur 51) selepas dimasuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dipercayai berlaku pendarahan di kepalanya.

Semoga Allah merahmati Allahyarham Rosli Khamis dan terima kasih atas kenangan lirik² lagu yang berkualiti, membina minda dan memberi inspirasi kepada semua pendengar muzik tanahair.

Comments