Suara dari suatu musim


 SAYA amat berharap PKPB tidak akan menjejaskan penerbitan buku tahun ini. PKPB telah menjejaskan penyiapan buku ini pada fasa ke-2 PKPB tahun lalu. Tetapi, syukurlah, ia menjadi hadiah tahun baharu kepada rakan penulis.

Sebagai penerbit bagi pihak persatuan penulis kami Jom Sastera, kami amat menghargai kesabaran untuk buku baharu. Kita kena menterjemahkan karya itu di buku kerana ini sahaja dokumentasi fizikal yang tidak dicabar oleh gangguan kehilangan karya di media elekrtonik. Sudah ramai yang hilang dokumen kerana menyimpan di peralatan elektronik, jadi setidaknya buku masih penyelamat yang tidak pernah melukakan hati sesiapa.
Sejarah pembukuan JS sejak 2014 adalah sejarah perkongsian untuk swa terbit. Saya tahu dahulu betapa rasa rendah diri anda apabila persatuan penulis seperti Jom Sastera menerbitkan karya saudara yang dianggap ikan bilis dan maggi, tetapi saya tidak peduli tanggapan itu sebab akhirnya swa terbit menjadi satu fenomena yang 'meruntuhkan' sebahagian institusi perbitan yang besar. Pembelian buku menjadi berkurangan kerana penulis alam maya sudah membayar untuk buku mereka sendiri. Lebih banyak penerbit swa terbit sekarang dan ini bagus untuk imarahkan industri buku negara agar Sastera Malaysia terus hidup dan tidak kapus-kapus (tercungap-cungap) kerana saingan media massa elektronik.
Sekarang semua mencari penulis alam maya untuk beri sokongan kepada mereka agar tidak lumpuh dan operasi syarikat tutup. Sementara, buku 'swa terbit' masih mampu menjadi pengimbang antara keruntuhan dan kejatuhan buku agar terus relevan.
Namun saya peringatkan, sikap berpuak-puak dan suka melaga2kan penulis adalah MUSUH UTAMA perkembangan penulis sastera maya Malaysia sekarang.
Pengurusan Persatuan penulis dan sastera di fb atau apliaksi sembang seperti whatsAppa harus mengawasi keadaan ini kerana ia dikhuatiri menimbulkan tidak senang ramai penulis. Anda sebagai ketua tidak harus menjadi biang keladi dalam perpecahan sastera maya ini.
Penulis alam maya ialah karyawan yang terbangun daripada pilih kasih penerbitan. Pada 2009, saya penat berfikir bagaimana 'kekecewaan' ramai penulis kerana manuskrip mereka ditolak oleh penerbit besar, lalu saya mengkaji dan mengerakkan swa terbit di Rakan Sastera (hanya penulis Sabah), Kopi Sastera, sebelum ke Jom sastera dan apabila gerakan ini menampakkan positif, ia saya harap dapat menebus kehampaan ramai sahabat dan walaupun karya mereka diterbitkan oleh persatuan penulis 'maggi' atau 'ikan bilis', namun kesannya adalah besar, ia mampu meruntuhkan banyak institusi penerbit besar yang selama ini pilih kasih terhadap terbitan manuskrip penulis yang dianggap 'tidak dikenali' kerana kuatir buku tidak laku dan merugikan mereka.
Jadi, bersatulah penulis, jangan mengacau kacirkan sastera Malaysia.
Kita lupakan hal ini. Biarkan masa berlalu untuk hari depan kita berharap lebih banyak buku terbit sebelum anda membatar lebih kerana kos terbitan dan pos meningkat dan akhirnya buku menjadi terpencil.
Dan untuk 2020, JS mencatatkan sejarah tersendiri apabila dua karya yang bukukan oleh JS menang Hadiah Sastera Sabah (HSS 2018/2019).
Antologi Puisi Dari Hujan ke Hujan mendapat pengiktirafan dan akhirnya karya yang dianggap kecil itu diletakkan pada tempat yang tersesuai.
Terima kasih kepada keluarga dan semua sahabat. Kepada AMT yang banyak beri sokongan dan kesabaran saya, Norlizah Mohd Yassin, Haji Nizam, Liza Isma, Dr Faridah Idah, Darmata Haji Matlan Ezah Nor, Zalina Zakaria dan semua ahli tetap dan umum JS. Juga Dpd Pengarah DBPS Puan Aminah Ag Basar yang mengikuti perkembangan ini dan galakkan saya terbit lebih banyak karya penulis Sabah, kepada pihak pencetak dan kepada yang membantu merealisasikan pembukuan JS. Namun sebelum buku ini belum sampai ke tangan saya, saya masih berwaspada sebarang kesilapan.
Jumpa lagi di antologi karya JS21 nanti.
Keterangan gambar
1. Kulit depan dan belakang Antologi Puisi Suara Pada Suatu Musim
2. Susunan buku di premis pencetak menanti dipungah oleh sahabat JS kita
3. Antologi Puisi Dari Hujan Ke Hujan yang berikan penghargaan kepada terbitan JS apabila dua karya dipilih sebagai penerima HSS 2018/19, menerusi puisi saya dan Cg Ramlee Jalimin Jainin.
Salam hormat.

( Sumber dari  Yatim Ahmad
Jom Sastera )



Comments